Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

PEMULIH: Agenda prihatin rakyat diutamakan

44
SHARE

PAS Pulau Pinang menyokong Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam merakamkan ucapan terima kasih atas pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan peruntukan sebanyak RM150 billion.

PEMULIH dilihat bersifat menyeluruh dalam membantu menanggani masalah rakyat pelbagai golongan dengan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan serta meningkatkan vaksinasi.

Kami melihat agenda prihatin rakyat menjadi fokus utama sebagaimana sokongan perniagaan bagi mengurangkan bebanan mereka yang hilang punca pendapatan perlu menyara kehidupan bahkan menanggung bebanan hutang melalui insentif bantuan tunai langsung serta manfaat yang pelbagai.

Selain itu, peruntukan RM400 juta bagi menambah bekalan vaksin merupakan khabar gembira dalam usaha kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua rakyat supaya dapat mencapai sasaran ‘imuniti kelompok’ dalam mengawal penularan wabak COVID 19.

Kami mengharapkan supaya pakej-pakej bantuan ini dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua golongan sasar yang memerlukan serta dapat dinikmati dalam waktu-waktu sukar ini malah PAS Pulau Pinang juga sedang menggerakkan inisiatif Tabung Bantuan Bencana Covid-19 untuk membantu rakyat yang sedang terkesan.

Justeru, PAS Pulau Pinang berpendirian tegas supaya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang lebih serius dan proaktif dalam membantu kesukaran rakyatnya masa ini, bukan hanya memperlihatkan serta mengumumkan projek-projek yang merugikan rakyat marhain Pulau Pinang.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Ir Ahmad Rafaei Dato’ A Rashid.
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang