Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
TUMPAT, 16 Jun: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memberi cabaran hebat kepada buruh binaan.
Mohamad Hassan, 44, dari Kampung Bendang Luas, menyatakan sepanjang tempoh tersebut pendapatan beliau berada pada tahap kritikal kerana sudah tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdahulu.
“Banyak projek yang terpaksa disiapkan segera, tetapi saya tidak dapat melakukannya dan terpaksa membuat kerja sampingan di rumah sahaja bagi menampung keperluan harian”, katanya.
Beliau amat berharap pihak kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan untuk golongan buruh binaan bagi meringankan bebanan.
Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kebajikan telah melancarkan program Jejak Asnaf COVID-19 Komuniti (JACK) yang menyalurkan bantuan makanan asas kepada ‘asnaf segera’ yang terkesan dengan PKP 3.0. RM10,000 diperuntukkan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tujuan tersebut.