OLEH : NORJULIANA YAACOB
JERAI – Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit menyumbangkan dua buah kerusi roda bagi kegunaan Pusat Penerimaan Vaksin Kuala Muda, hari ini.
Sumbangan ini bertujuan memudahkan urusan golongan orang yang kurang berkemampuan untuk menggunakannya.
“Kita sedia maklum, golongan warga emas juga tidak terkecuali untuk hadir menerima suntikan vaksin, jadi sumbangan kerusi roda ini adalah untuk kegunaan golongan seperti mereka,” katanya.
Menurut YB Ustaz Sabri, beliau turut menerima maklumat berkaitan keadaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kuala Muda daripada Pegawai Daerah Kuala Muda Abdullah Hashim.
“Setiap hari PKOB Kuala Muda menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung keperluan makanan.
“InsyaAllah dengan wujudnya PKOB Kuala Muda ini rakyat di kawasan ini tidak terlepas pandang untuk menerima bantuan berupa makanan dan keperluan harian,” katanya.