Home Berita PAS Kedah

PAS padang terap anjur kempen derma darah

78
SHARE

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP,14 Jun 2021 : PAS Kawasan Padang Terap optimis bantu Hospital Sultanah Bahiyah tambah tabung Darah Kedah yang kian susut.

“Sambutan yang sangat baik telah ditunjukkan oleh para penduduk disini bagi membantu pihak hospital.

“Kita berharap program seperti ini akan diadakan lagi di masa akan datang, ujar Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abdul Aziz.

Seramai sembilan orang staff perubatan dari bahagian Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah hadir bagi menyempurnakan program ini dan telah diketuai oleh
Pegawai Perubatan Dr.Siti Norwahida Azami dan Penyelia Roshita Othman.

 

Beliau sempat menyampaikan rasa syukur dan tahniah kepada semua kerana penderma kerana sanggup datang walaupun dalam keadaan situasi PKP sedang berjalan.”ujar Dr.Siti Norwahida.

Program berjalan lancar dengan kerjasama bersama pusat khidmat wakil rakyat DUN kuala nerang dan pedu ini perlu dijalankan di semua peringkat di Negeri Kedah ini bagi memastikan tabung darah sentiasa mencukupi.