Home Berita PAS Kedah

Tindakkan tegas perlu diambil pada Iswardy Morni – Pemuda PAS Kedah

353
SHARE

Oleh : Abdul Hadi Omar

KUBANG PASU, 29 Mei 2021 – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap Iswardy Morni yang menghina Agung di laman Facebook bernama Iswardy Morni Official.

Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Abdul Hadi Omar di IPD Kubang Pasu petang tadi.

Kami kesal dengan tindakan individu kurang ajar ini dalam rakaman video ini yang jelas menggunakan bahasa biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong tetapi juga mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak membuat apa-apa untuk menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara serta menyebut “lawan tetap lawan, Tuanku”.

Tindakan kurang ajar ini terdapat dalam rakaman video tersebut dari minit 33:36 ke minit 36:38 secara sengaja menghina Agung.

Pada pandangan kami kenyataan dalam rakaman video ini ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menyebut apa-apa perkataan menghasut yang boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan

Serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Oleh itu, pihak kami meminta pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas individu ini.