Home Berita PAS Kedah

Sumbangan terus melalui JPKK kepada keluarga terkesan dengan covid 19

60
SHARE

Oleh : M Saufi Arm

Pokok Sena : Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Salim Mahmood memperuntukan sebanyak RM10,000 bagi penduduk Bukit Lada dikuarantin Covid19.

Peruntukan itu disalurkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung ( JPKK ) bagi kampung yang terlibat sahaja pagi tadi.

Sumbangan itu bertujuan meringankan beban mereka yang tidak boleh keluar bekerja dan keluar dari rumah.

JPKK akan membelikan barang basah dan barang keperluan daripada duit yang diperuntukkan itu.

Sebanyak 80 keluarga termasuk positif Covid19 dan kontak rapat bagi mereka yang positif dikesan di kawasan DUN Bukit Lada.