TUMPAT, 29 Mei: Bekalan bahan makanan basah untuk penduduk Mukim Pulau Seratus seramai 310 buah keluarga diteruskan agihanya pada hari ini seperti yang dijanjikan.
Agihan bekalan ini diharap dapat meringankan permasalahan keluarga yang terjejas akibat perintah kawalan PKPD Kepulauan Tumpat khususnya Mukim Pulau Seratus. Antara pulau-pulau sekitar yang terlibat ialah Pulau Beluru, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pantai Baru, Pulau Tongkang, Pulau Cendol, Pulau Timun dan Pulau Che Soh.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak JPAM, PKD serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengagihan ini.