Home Berita PAS Kelantan

Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Badan Perhubungan PAS Kelantan

376
SHARE
KOTA BHARU, 22 Mei: Ustaz Dato’ Pesuruhjaya PAS Kelantan menyertai sesi serahan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan kepada PAS Relief yang diadakan secara atas talian.
PAS Kelantan berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM 2,102,910.95 sehingga 21 Mei 2021. Penyerahan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Ustaz Dato’ menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan jentera PAS Kelantan disetiap peringkat. Hasil kutipan tersebut menunjukkan muafakat dan ukhwah dalam melaksanakan perkara kebajikan seterusnya tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Turut sama YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan & YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Penyelaras Aid4Palestin Kelantan.