Home Berita PAS Melaka

Boikot barangan Israel, lemahkan ekonomi mereka – Azman Amat

209
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR

ALOR GAJAH, 23 Mei: “Berhenti membeli produk buatan syarikat milik Yahudi dapat melemahkan ekonomi mereka dan berkesan untuk menjatuhkan Zionis ini,” kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun (JDRD) PAS Durian Tunggal, Azman Amat.

“Marah, memang semua orang marah kepada Israel atas kekejaman mengganggu orang Islam mendirikan solat di masjid Al-Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci umat Islam.

“Sewajibnya bagi umat Islam, kita kena bangkit dengan apa jua tindakan, menunjukkan sokongan kita kepada umat Islam di Palestin. Antaranya yang kita boleh lakukan adalah dengan berdoa.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

“Di samping itu doa merupakan senjata bagi umat Islam, maka titipkanlah untuk pejuang-pejuang Islam di Palestin dalam munajat kita,” ujar beliau.

Tambah Azman lagi, sokongan umat Islam di Malaysia pada Palestin di media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApps adalah merupakan salah satu medium bagi menunjukkan bantahan terhadap rejim Israel di bumi Palestin.

“Jangan terlepas memberi sumbangan terhadap tabung-tabung Palestin kerana ia dapat digunakan oleh orang-orang Palestin lebih-lebih lagi yang cedera disebabkan keganasan tentera Zionis ini,” katanya ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .