KOTA BHARU, 11 Mei: Kerajaan Kelantan menyerahkan sumbangan kelengkapan peralatan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC). Sumbangan tersebut diserahkan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan kepada YBrs Dr Azman Yakob, Pengarah PKRC. Sumbangan peralatan tersebut adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kesiapsiagaan PKRC sentiasa dalam keadaan terbaik.