Home Berita PAS Kelantan

Gelanggang Seni: PKRC Ke-8 Kota Bharu

471
SHARE
KOTA BHARU, 10 Mei: PKRC ke 8 di Kota Bharu bertempat di Gelanggang Seni akan dibuka dalam masa terdekat bagi menempatkan kes-kes COVID19 tahap 1.2 dan 3.
PKRC Khas Gelanggang Seni juga bakal dilengkapi dengan 30 katil perubatan bagi menempatkan kes-kes COVID19 khususnya tahap 3. Untuk kesiapsiagaan bekalan oksigen mudah alih, mesin ECG serta kelengkapan perubatan yang lain juga disediakan.
PKRC Khas Gelanggang Seni juga akan menyediakan 70 katil dua tingkat untuk sejumlah 140 pesakit bagi menempatkan pesakit COVID19 kategori 1 & 2.
Kerajaan negeri membantu dan telah meluluskan RM213,000 untuk 30 katil lengkap dengan cardiac table dan “side cabinet” pesakit serta 4 peralatan pemantauan pesakit. Puan Sri Tengku Puan Temenggong Kelantan juga mendermakan Emergency Trolley & Peralatan ECG kepada PKRC ini.
Sumber: DG Tan Sri Noor Hisham Abdullah