Home Artikel PAS Kedah

Jasa guru PASTI, SRITI dan Jabatan Amal dihargai

23
SHARE
SIK – Guru-guru PASTI dan SRITI merupakan sayap kanan Dewan Pemuda manakala  Jabatan AMAL menjadi tonggak Dewan Pemuda. Sekiranya tiada salah satu entiti tersebut, maka rebahlah Dewan Pemuda.
Inilah antara intipati ucapan Ustaz Mohd Shahiful Mhd Nasir, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dalam majlis sumbangan Aidilfitri kepada Guru PASTI, SRITI dan anggota Jabatan AMAL Sik.
“Jasa dan pengorbanan yang diberikan, tidak mampu kami membalasnya.” katanya.
Majlis sumbangan tersebut diadakan secara ringkas dengan mematuhi SOP pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak Covid19 yang diadakan di Kompleks PAS Kawasan Sik, Kampung Sungai Pau disini, hari ini.
Turut hadir Pegawai Khas Kawasan II Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman yang mewakili Menteri Besar Kedah menyampaikan sumbangan pek makanan raya dan
Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman yang menyumbang “duit raya” serta ahli jawatankuasa Pemuda PAS kawasan.