Home Berita PAS Kelantan

Fitnah dan berita palsu terhadap TMB Kelantan ketika Ramadan

937
SHARE


PENGKALAN CHEPA, 28 Apr — Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang dua fitnah dan berita palsu terhadap Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Hj Mohd Amar bin Abdullah atau lebih dikenali dengan Dato’ Nik Amar.

Menurut pengadu, satu tangkap layar memaparkan pengguna talian bernombor +6011-26066082 berkongsi satu screenshot berita palsu yang menyebut “Bazar Ramadhan adalah perkara bidaah dalam Islam – Nik Amar”. Selain mempersendakan agama, dan berkata dalil tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Perkongsian tersebut turut mendapat respon pengguna lain dengan kata-kata kesat kerana menyangka dakwaan tersebut adalah benar.

Dalam satu lagi laporan yang dikembarkan, satu tangkap layar dari sebuah Facebook Page, menulis satu kenyataan yang tidak pernah disebut langsung oleh Dato’ Nik Amar malah menggunakan gambar beliau dalam tulisan tersebut.

Dikongsi oleh hampir 500 pengguna Facebook, ramai yang emosi dan terkeliru dengan logo halaman yang menyerupai sebuah portal berita nasional, menyangka bahawa ia adalah berita sebenar.

Ustaz Dato’ Nik Amar seorang yang tenang, dan sukar mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menfitnah beliau setiap kali diajukan cadangan kata pengadu kepada pemberita. Ini merupakan inisiatif pengadu sebagai seorang rakyat Kelantan dalam mempertahankan maruah seorang Timbalan Menteri Besar yang termaktub dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang dilantik oleh Tuanku Al-Sultan Kelantan.

Laporan yang baru dibuat itu, masih dalam semakan SKMM dan menunggu maklum balas seterusnya. Pengadu juga akan meneliti kes ini dengan nasihat peguam, untuk dibuat laporan Polis sekiranya ada unsur jenayah dan salah laku undang-undang.

Menurut seorang pengamal media antarabangsa, budaya satira, parodi, sarkastik, gurauan, lawak telah menjadi satu budaya di kalangan generasi sekarang tidak mengira tua dan muda. Lawak tanpa disandarkan pada agama inilah akhirnya membawa kepada lawak dan gurauan pada topik seperti gurauan perkataan rogol dan sebagainya, katanya dalam satu wawancara dalam talian. Budaya ini dilihat biasa apabila ada figura tertentu tanahair yang menyokong dan menyebut satira bukanlah satu jenayah.

Sumber : FB Pengkalan Chepa News