Home Berita PAS Kedah

Bubur lambuk Kedah..atau dikenali sebagai ‘Kanji’ di Kedah

70
SHARE

OLEH: SITI AMINAH ZAMILUDDIN.

NAKA : Bubur Lambuk Kedah juga dikenali sebagai kanji merupakan hidangan yang popular di Utara Malaysia. Ianya merupakan gabungan bubur nasi bersantan yang dihidangkan bersama dengan kerabu. Bubur lambuk kedah juga merupakan salah satu alternatif makanan sihat yang boleh dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira umur. Ianya lebih sihat kerana terdapat sumber fiber yang banyak dan masih lagi memberikan rasa yang lazat.

15 Ramadhan 1442H, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu (PKWR) meneruskan lagi edaran bubur lambuk sebanyak 300 bungkus .Kali ini di Pekan Naka berhampiran dengan tapak bazar Ramadhan.

Ustaz Nurul Amin Abd Hamid ketua pemuda PAS Negeri Kedah yang juga Pegawai Khas Kanan pada YAB Menteri Besar turut serta bersama kakitangan pusat khidmat wakil rakyat DUN Pedu bagi membantu edaran bubur lambuk tersebut.

Bubur lambuk ini di edarkan kepada orang ramai yang berada di sekitar pekan naka.Edaran ini di lakukan tanda ingatan dan keperihatinan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu bersama masyarakat.

Turut serta Ahli Jawatankuasa PKWR Pedu Ustaz Mohammad Kassim,En.Yusof Abd.Rahman,Abdullah Wahab dan Mohadzir Abdullah.

Ekoran daripada edaran bubur lambuk ini, Ustaz Nurul Amin Abd Hamid mengatakan ” Inilah masanya untuk kita merebut peluang bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini,bagi mengeratkan hubungan antara Pusat Khidmat dengan masyarakat umum dan moga gerak kerja dalam kebajikan kita bersama mendapat keredhaan dari Allah SWT.”ujar beliau setelah selesai edaran bubur lambuk.