Home Berita PAS Kelantan

YB ADUN Kijang melawat Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa bot karam

108
SHARE

KUALA BESAR, 26 Apr: Pagi tadi, YB Dr. Izani Husin yang juga Adun Kijang telah melawat Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa bot karam di Jeti LKIM Kuala Besar bagi mendapatkan info semasa operasi menyelamat. Pada Sabtu lepas, dilaporkan bot yang dinaiki oleh tiga lelaki telah karam pada malam tersebut akibat hujan dan ribut kuat. Walau bagaimanapun, dua orang mangsa telah selamat ditemukan semalam di Pantai Sabak setelah hampir 19 jam terapung di lautan manakala seorang lagi mangsa berusia 26 tahun masih belum ditemukan. digahamkan pencarian ini akan berjalan selama 7 hari dan nelayan tempatan juga turut membantu pihak bomba dalam proses pencarian ini. bersama kita doakan semoga mangsa yang belum ditemui ini akan segera ditemukan dan kerja-kerja pencarian oleh pihak bomba dipermudahkan.