Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Kita Belum Menang, 4 Bulan Lagi

169
SHARE

KENYATAAN MEDIA

Dewan Ulamak PAS Pusat

14 RAMADAN 1442  l  26 APRIL 2021

KITA BELUM MENANG, 4 BULAN LAGI

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru kepada semua ahli politik untuk tidak berterusan bermain polemik dalam tempoh darurat yang berbaki lagi 4 bulan untuk memastikan negara kita berjaya menangani pandemik dengan sehabis mungkin.

2. Pergantungan Parlimen ekoran proklamasi darurat sehingga ke hari ini bukan bertujuan kepentingan politik mana-mana pihak tetapi untuk mendidik ahli Parlimen semua agar mengutamakan nasib dan kepentingan rakyat yang sedang bergelut dalam pandemik ini.

3. Desakan demi desakan untuk diadakan semula persidangan Parlimen dengan segera hakikatnya tidak menzahirkan sensitiviti kebersamaan dengan rakyat kerana amalan demokrasi bukan hanya dengan bersidang malah ia boleh disuburkan dengan keterbukaan dalam memberikan pandangan, idea, cadangan dan kritikan menerusi menteri-menteri yang mewakili parti UMNO itu sendiri dalam Kabinet Malaysia.

4. Usah terlalu mengikut rentak PH yang sememangnya dari dahulu tidak mempedulikan nasib rakyat dan isu ummah. Desakan mereka hanya mahu menunjukkan seakan mereka sahajalah hero sedangkan merekalah angkara kepada gelombang ketiga pandemik ini dengan tercetus PRN Sabah yang menjadikan rakyah marah dan jemu dengan isu politik yang tidak berkesudahan.

5. Tempoh darurat ini, wajar semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri memberikan tumpuan dengan lebih kerap turun ke kawasan masing-masing bagi mendekati serta membantu rakyat yang susah dan kesempitan. Inilah masanya keprihatinan selaku wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk menunjukkan kebersamaan dan mendekati rakyat tanpa peduli pengundi belah pihak mana.

6. Segala perbincangan dan cadangan boleh dibincangkan secara terbaik menerusi wakil-wakil lantikan menteri Kabinet. Ia bukannya ditutup tapi dikawal kerana ada kala perbahasan dalam Parlimen hanya sebagai tempat melempias nafsu yang dipendam bukannya membawa suara rakyat.

7. DUPP secara tegas, mengajak semua parti politik sama ada kalangan kerajaan mahupun pembangkang agar tidak menjadi contoh teladan buruk kepada rakyat dalam polemik yang dibuat sehinggakan kita dapat lihat bagaimana terdapat warganet di media sosial yang semakin berani menghina dan mencalarkan imej YDP Agong dan Permaisuri Agong. Ini tidak lain apabila naratif desakan mengadakan persidangan Parlimen dengan segera hanya memberikan “peluru” untuk dituju kepada YDP Agong selaku pemegang kuasa yang mengisytiharkan proklamasi darurat sebelum ini.

8. Justeru, semua pihak termasuklah pembangkang digesa untuk menggunakan ruang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan, termasuklah melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal-hal berkaitan kuat kuasa darurat.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya :
“Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya.” – riwayat Muslim

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)