Home Berita PAS Kelantan

PENGGUNAAN AIR TELAGA SECARA SARA DIRI TIDAK DICAJ

330
SHARE

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KUBANG KERIAN – Menurut Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 caj abstraksi sumber air tanah hanya untuk tujuan bekalan air industri atau komersial dan bukannya untuk tujuan bekalan air domestik.

Pada sidang media di pejabatnya hari ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abd Rahman Yunus berkata, penggunaan air telaga di rumah yang dikategorikan sebagai sara diri rakyat tidak perlu membuat permohonan lesen dan tiada apa-apa caj dikenakan.

Reaksi tersebut ekoran timbulnya isu yang tular di media sosial berkenaan dengan gambar surat tidak lengkap yang menyatakan bahawa perigi kediaman perlu memohon lesen abstraksi air tanah yang tidak benar sama sekali.- UPKN KELANTAN 21/4/2021