Home Artikel PAS Melaka

Bodyguard dipukul | PDRM cekap lebih dari Interpol – Ramli Dalip

253
SHARE

Oleh SITI HAJAR

HANG TUAH JAYA, 21 Apr : “Malaysia ni kalau perkara siasatan memang cekap, ‘kalah’ Interpol orang kata. Cepat bertindak mendapatkan maklumat dan melakukan siasatan kerana tertuduh sekarang telah pun ditangkap dan direman.

“Sesuailah dengan moto PDRM ‘Mesra, Cepat dan Betul’ yang masih relevan digunakan sampai sekarang sama juga slogan baharu PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.”

Demikian menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip, semasa ditemubual oleh Wartawan Rakyat Melaka (WARM) dalam respons beliau terhadap isu hangat tentang pengawal peribadi yang dipukul kerana berpuasa baru-baru ini.

Beliau dengan tegas menyifatkan perbuatan melarang pekerja berpuasa itu sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa Melayu.

“Hina Islam, hina Melayu. Dalam sejarah, Islam berkembang di Melaka dulu bermula daripada Kerajaan Melayu Melaka dan raja Melayu masa tu bukan Islam. Bila mereka masuk Islam semuanya jadi orang Islam.

“Saya ambil kenyataan daripada seorang mufti sebuah negeri. Beliau ada nyatakan (kaum) India ada tanah besar India, Cina ada negara mereka China, orang putih ada negaranya juga, habis orang Melayu ? Pun memang ada, dulu nama kita Persekutuan Tanah Melayu jadi hak orang Melayu kena pertahankan di samping hak-hak orang bukan Melayu di Malaysia ini juga kita pertahankan,” jelas beliau.

Ramli yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Beruang berkata, hak berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan Islam adalah identiti Melayu itu sendiri dan bangsa Melayu mempunyai hak keistimewaan dalam Perlembagaan Negara.


Laporan penangkapan di sebuah akhbar

“Masa 22 April lalu, ketika PH memerintah kita ada buat perhimpunan bantah ICERD yang nak menjejaskan hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, macam-macam lagilah yang berkaitan dengan Melayu nak dibuang daripada ‘Malaysia Malaysian’ supaya tiada beza antara Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain,” ujar beliau mengimbas perhimpunan yang pernah disertainya.

Mengakhiri perbualan, beliau melahirkan pujian terhadap kedua-dua pengawal peribadi yang tetap teguh mempertahankan akidah walaupun diberi amaran agar tidak berpuasa semasa bekerja.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .