Oleh ZUL SHAM MAHAT
MASJID TANAH, 19 Apr : Perikatan Nasional (PN) Dun Kuala Linggi telah turun ke Pekan Kuala Sungai Baru untuk edaran bubur lambuk dan pek berbuka puasa untuk penduduk sekitar petang semalam.
Program yang julung-julung kali diadakan di laluan jambatan berhampiran pasar Kuala Sungai Baru telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Selain bubur lambuk, kurma serta air minuman turut diedarkan untuk santapan berbuka puasa bagi mereka yang lalu lalang di situ.
Turut hadir dalam program ini Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Kuala Linggi, Azmi Sambul, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Nazri Ramli dan pimpinan PN tempatan.
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .