Home Artikel PAS Johor

Kenyataan Media DPPNJ | Iklan judi raya perbuatan melampau

164
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang telah menerbitkan video-video iklan judi raya ini.

Walaupun penahanan telah dilakukan oleh pihak polis ke atas beberapa individu yang disyaki berlakon dalam iklan judi tersebut namun kami mendesak agar pihak polis terus memburu, melakukan penangkapan dan pendakwaan terhadap dalang sebenar.

Laporan polis yang dilakukan hari ini adalah menifestasi kepada kekecewaan khususnya bagi seluruh pemuda PAS Johor terhadap isu yang dibuat secara sengaja mencabar kesabaran umat Islam.

Di kesempatan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada pihak PDRM yang telah dan sedang mengambil tindakan tegas ke atas pelaku.

DPPNJ mengharapkan agar pihak SKMM terus membuang video sama yang dimuatnaik oleh pengguna akaun lain seperti yang terdapat di aplikasi Youtube bagi memastikan iklan perjudian ini tidak pula dijadikan bahan senda gurau dan provokasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di masa akan datang.

DPPNJ mengharapkan agar pihak berwajib dapat memberikan hukuman yang berat kepada dalang di sebalik video ini sebagai pengajaran agar isu yang melibatkan sensitiviti agama dan umat Islam seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan.

Akhir sekali, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru kepada semua anak muda di luar sana agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan penawaran kerja yang akhirnya memalukan serta mengundang fitnah kepada diri, ahli keluarga dan seluruh umat Islam kerana masih banyak lagi cara untuk mencari pendapatan yang halal dan diberkati oleh Allah SWT di luar sana.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MOHD FIRDAUS JAFFAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Nota : Laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=930791601032283&id=220179158760201