23 FEBRUARI 1950 (KHAMIS)
PADA hari ini dalam tahun 1950, Balai Polis Bukit Kepong telah bermandi darah satria negara setelah diserang oleh segerombolan pengganas Komunis seramai 180 orang di Subuh hari.
Komunis telah mengepung Balai Polis Bukit Kepong yang ketika itu sedang dikawal oleh tiga orang anggota polis.
Berbekalkan beberapa laras senapang bersama bantuan daripada anak dan isteri mereka, anggota-anggota Balai Polis Bukit Kepong di bawah pimpinan, Sarjan Jamil Mohd Shah telah berjuang hingga ketitisan darah terakhir mempertahankan diri daripada serangan mengejut pengganas komunis.
Tragedi berdarah ini telah mengorbankan seramai 25 anggota polis dan orang awam.
Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Kredit foto : Google