Home Artikel PAS Pahang

YB Ust Shahril dan Econsave Jengka hulur sumbangan kepada penduduk PKKL

292
SHARE

Kuala Krau 23 Februari : YB Ustaz Shahril Azman dan En.Shahril Azmi Pengurus Econsave Jengka menyampaikan sumbangan makanan basah seperti ikan, sayur sawi, buah pisang, mee kuning dan telur ayam kepada 455 buah rumah yang terkesan akibat pelaksanaan PKKL bermula 18 Februari 2021 sehingga 3 Mac 2021, di Taman Jengka Mahkota dan Taman Jengka Indah.

” Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jengka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Econsave Jengka yang bersama menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tidak dapat keluar untuk membeli keperluan tersebut ” ujar YB Ustaz Shahril Azman.

Dalam tempoh dua minggu perlaksaan PKKL ini maka segala aktiviti sosial tidak dibenarkan termasuk solat berjemaah di Surau.Taska, Tadika dan PASTI juga diarahkan tutup.

Semoga penduduk di Taman tersebut dapat bersabar dalam mengekang dari penularan kes pandemik Covid 19 ini berlaku.