Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Projek pecah tanah hotel wakaf, Melaka

278
SHARE

23 FEBRUARI 2009 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 2009, Upacara Pecah Tanah Hotel Wakaf Tanjung Kling, Melaka telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ghazale bin Mohamad, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Pembinaan Hotel Wakaf Majlis Agama Islam Melaka di Tanjung Kling, Melaka merupakan salah satu projek di bawah Program Pembangunan Harta Wakaf, Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) yang dilaksanakan oleh JAWHAR dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Hotel Wakaf MAIM ini dibina bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dengan menyediakan keperluan penginapan kepada umat Islam yang bermusafir dengan bayaran yang setimpal, selain meningkatkan sosioekonomi umat Islam melalui cabang-cabang perniagaan yang diwujudkan dalam operasi pengurusan hotel.

Upacara menekan butang mesin cerucuk bagi menanam cerucuk asas merupakan simbolik dan kemuncak pada majlis perasmian tersebut.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Hotel Wakaf MAIM | Kredit foto : MAIM