Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 92 kes baharu

549
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 10 Feb : Sebanyak 92 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 92 kes tersebut, 46 daripadanya adalah kes tempatan, dua kes Import B sementara 44 lagi kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 92 kes itu, 56 kes dikesan di Melaka Tengah, empat kes di Alor Gajah sementara 32 kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 91 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 1781 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk 10 kes ICU sementara tujuh kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam dan Kluster Dialisis Masjid Tanah, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, tujuh mukim berada di zon hijau, 23 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim dalam zon merah iatu mukim Sungai Baru Tengah (82 kes)

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, tiga zon hijau; 18 mukim di dalam zon kuning; empat mukim di dalam zon jingga; dan empat mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (44 kes), Bandar Melaka (59 kes), Batu Berendam (53 kes) dan Sungai Udang (41 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, empat adalah di dalam zon hijau; 15 adalah dalam zon kuning; satu mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (1316 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3288 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1757 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 408 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 251,604 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis yang tidak merekodkan kes baharu dua hari berturut-turut.  – TAMAT

 

Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN – Bahrum : 011-16964842

PAU USTAZ

Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113