Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Almarhum Prebet Ujang Mormin

273
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Prebet Ujang Mormin yang menghembuskan nafas terakhir pada lewat petang semalam.

Perwira negara yang merupakan veteran tentera dalam era Perang Dunia Kedua ini pernah berjuang menentang Jepun bersama Almarhum Leftenan Adnan Saidi pada tahun 1942.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkannya akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

Kami mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 Februari 2021 | 29 Jamadil Akhir 1442