Home Artikel PAS Perak

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina – DMPN Perak

545
SHARE

Perayaan Tahun Baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021 kepada semua masyarakat Cina khususnya di Negeri Perak ini. Perayaan tahun ini pastinya akan lebih menggamit memori kerana ia disambut dengan norma baharu.

Oleh hal demikian, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak berharap agar sambutan Tahun Baru Cina ini dapat diraikan dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan pihak berwajib.

Dikesempatan ini juga, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru agar semua masyarakat Malaysia dapat hidup harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu lain.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Ikhlas daripada,

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

10 Februari 2021 | 28 Jamadil Akhir 1442H