Home Berita PAS Kelantan

RM79 juta telah diberi kepada wasi warga emas

704
SHARE

SEHINGGA akhir Mac lepas lebih RM79 juta dibayar kerajaan Kelantan kepada wasi (keluarga) warga emas yang meninggal dunia menerusi Skim Takaful Kifaalah.

Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata jumlah itu disumbangkan kepada 45,748 waris si mati sejak program itu diperkenalkan 7 Febuari 2007.

Katanya juga, sehingga sekarang lebih 85 peratus warga emas di Kelantan sudah mendaftar di bawah Skim Takaful Kifaalah.

Bliau berkata, jumlah warga emas yang mendaftar di bawah skim berkenaan sekarang seramai 161,204 orang.

“Wasi akan menerima sebanyak RM1,500 apabila warga emas meninggal dunia,” katanya di Kota Bharu