Home Naib Presiden 1

DAP Serang PAS, Kalih Isu

8,146 views
SHARE

DAP jangan menjadi pencuri menjerit pencuri. Cuba meletakkan beban buruk kepada PAS yang menyebabkan pembangkang berpecah. Jangan cuba hendak baling batu sembunyi tangan. Tahun 2001 Dap yang keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan dokumen negara Islam. Waktu itu Presiden PAS Almarhum Ust Fadhil Noor dan Al Mursyidul Am Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz, bukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS ketika itu. Pemimpin yang mereka buat bebagai tuduhan dan fitnah kepada beliau. Dakwaan pemimpin Dap yang mengatakan mereka puji Almarhum Ust Fadhil dan Tuan Guru Nik Aziz hanya pembohongan sahaja. Kalau kedua-dua masih ada, pemimpin Dap tetap menentang hasrat PAS untuk menegakkan Islam. Kedua-dua Almarhum tidak boleh dicucuk hidung untuk ikut agenda Dap, mereka berdua ada prinsip dalam perjuangan Islam.

Pemimpin Dap dan Pakatan Harapan yang cuba menggambarkan PAS bersama dengan Umno. Ketika isu RUU 355, pemimpin Dap dan PH kata PAS menjadi tebusan Umno kerana bersama di dalam isu RUU 355. Dengan takdir Allah ketika isu RUU 164, Dap bermatian untuk bersama Umno dan BN untuk membolehkan 88A dipinda, dan Dap bersedia bekerjasama dengan Umno jika perlukan cukup bilang 2/3. Sifir mudah sekarang Dap dan PH sudah bersama dengan Umno BN. Kenapa Dap dan PH boleh bekerjasama dengan Umno. Kalau PAS tuduh dituduh UG, kalau mereka apa pula?. Jenis politik apa ni?. Kalau perintah negara sama macam BN atau lebih teruk lagi, kalau stail kepimpinan seperti ini.

Politik emosi dan separuh matang yang membuta tuli tuduh PAS bersama dengan Umno kerana PAS menyokong pada perkara yang menguntungkan ummah dan Islam tidak layak dibiarkan bertapak di Malaysia. PAS akan lawan siapa sahaja kalau tidak betul. PAS tidak mati dengan fitnah yang dimainkan oleh Dap kepada PAS. Kalau dengan Umno BN yang mempunyai kekuatan wang, media dan jentera kerajaan pun PAS lawan. Inikan dengan Dap dan PH yang sama-sama menjadi pembangkang. Jangan serang dan fitnah PAS, kalau serang PAS, PAS akan serang balik. PAS pun banyak modal untuk serang kalau mereka serang PAS.

 

Memang Dap lebih rela PAS kalah di Kelantan, kerana mereka cukup anti dengan program Islam yang Kelantan buat. Alhamdulillah, 27 tahun perintah Kelantan, MB Kelantan tidak dituduh beli rumah banglo harga di bawah pasaran. Tidak ada Exco Kelantan yang dituduh oleh SPRM kerana tidak bertindak kepada kilang haram yang mencemarkan. Datuk Mohd Yaakob meneruskan agenda TG Nik Aziz.

Kita tahu Dap ada cybertrooper yang akan serang balik PAS atas tag line Rahmatan Lil Alamin. Alasan mereka kita mana boleh kata kepada Dap, nanti hilang Islam sebagai rahmat. Pemimpin Dap tidak boleh disentuh, seolah-olah mereka seperti suci dalam debu.

Dap jangan cuba kalih isu masalah dalaman parti mereka. Beberapa Adun letak jawatan, dipecat. Adun PKR yang kritis dengan alam sekitar telah dipinggirkan. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk taring.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
5/9/17

{jathumbnail off}