Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PRN Sabah: Tolak Pemimpin Hina Maruah Perajurit

765
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PRN Sabah: Tolak Pemimpin Hina Maruah Perajurit

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri itu khususnya pada 26 September 2020 nanti.

Seramai 16,877 pengundi awal dijadualkan mengundi pada hari ini yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am.

Namun, kenyataan biadab pemimpin Warisan yang menyindir para pejuang tanah air adalah amat memalukan. Tragedi hitam yang mengorbankan perajurit negara dalam Ops Daulat semasa diceroboh pengganas Sulu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka demi modal politik.

Mereka mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan negara daripada pencerobohan musuh serta sanggup meninggalkan keluarga dan keselesaan hidup demi keamanan Malaysia.

Warga Sabah mesti menghukum kebiadaban kenyataan pemimpin Warisan itu dengan menggunakan kuasa rakyat sebagai pengundi.

Ditambah lagi dengan beberapa insiden yang mencemarkan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah seperti dakwaan kemasukan besar-besaran warga asing dan tuntutan Filipina terhadap Sabah diharapkan tidak merosakkan proses pengundian nanti.

PAS menyeru semua pihak bekerjasama dalam memastikan PRN ini berjalan lancar dan telus.

PAS juga sangat berharap agar pihak kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi PRN dalam suasana pandemik COVID-19 yang agak serius di Sabah.

Selamat mengundi rakyat Sabah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
22 September 2020 | 4 Safar 1442