Home Artikel PAS Kedah

Lawatan sektor pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

252
SHARE

GUAR CHEMPEDAK – Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid mengadakan lawatan ke Pejabat Sektor dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Guar Chempedak.

Lawatan beliau disambut oleh kakitangan pejabat berkenaan yang diketuai oleh Ustaz Aizat Zakaria selaku Pengarah Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Beliau turut dibawa meninjau pejabat SMITI Kedah dan bilik mesyuarat setelah selesai sesi perbincangan bersama kakitangan sektor pendidikan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan DPPNK, Ustazah Anisah Md Ali dan Setiausaha Jabatan Pendidikan DPPNK, Ustaz Syukri Sawai.