Oleh: Ahmad Kautsar Md Ali
HANG TUAH JAYA : Mulai 1 Julai ini Isnin, Selasa dan cuti umum adalah hari dikecualikan dari caj petak letak kereta bagi kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Demikian dimaklumkan oleh MPHTJ dalam satu notis melalui hantaran facebook rasminya petang semalam.
Tambah notis itu lagi caj petak letak kereta akan dikenakan kepada pengguna yang meletakkan kereta di sekitar kawasan MPHTJ bermula hari Rabu hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pengguna kenderaan di sini juga disarankan untuk membeli kupon petak kereta atau memuatturun applikasi ‘smart parking’ untuk membayar secara dalam talian.