Home Artikel PAS Sarawak

PAS Ziarah Mangsa Kebakaran Rumah

536
SHARE

Oleh : Wanee Doni

Kuching, 28 Jun – Muslimat PAS Sarawak tampil menyampaikan sumbangan fasa kedua bagi mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Semerah Padi selepas penyampaian sumbangan fasa pertama Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran yang berlaku pada 25 Jun 2020 yang melibatkan empat ahli keluarga tersebut dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Habsah Bujang ketika ditemui berkata, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari oleh ahli keluarga dan berjaya menyelamatkan diri. Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.

Katanya lagi, Muslimat PAS Sarawak bersama PAS Kawasan Petra Jaya tampil memberi sumbangan berbentuk pakaian, telekung dan kewangan serta sunbangan peti sejuk daripada individu telah diserahkan kepada ketua keluarga mangsa, Shamshu Kawie.

Ketika ini, suami dan isteri mendiami bahagian ruangan dapur yang tidak terjejas dalam kebakaran manakala 5 anak mangsa menumpang di rumah saudara di sekitar yang terdekat.

Turut hadir dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hassan.