Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua rakan pemuda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi yang sah, marilah tunaikan tanggungjawab menjadi pemilih kerana :
1- Tanggungjawab dari sudut agama. Memilih pemimpin yang baik adalah kewajipan kita.
2 – Masa depan negara memerlukan keputusan dan mandat daripada rakyat, ini tidak akan terlaksana jika kita abaikan pendaftaran sebagai pemilih.
3 – Anak muda penentu corak pentadbiran negara pada masa akan datang, jadilah kita sebahagian daripada generasi muda yang menjadi golongan penentu tersebut.
4 – Ayuh, jangan tunggu lagi! Masa semakin suntuk. Segeralah mendaftar sebagai pemilih. Boleh terus ke pejabat SPR, pejabat POS atau hubungi Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik untuk pendaftaran (Khairul Alizi: 0134583608)
Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah