Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (14 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1521
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 14 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat satu kes baharu direkodkan di Melaka semalam berlaku di Mukim Duyong Daerah Melaka Tengah.

Laporan itu juga menyatakan terdapat satu kes sembuh direkodkan di Mukim Pulau Sebang di Daerah Alor Gajah menjadikan daerah ini kembali menjadi zon hijau bersama-sama dengan Daerah Jasin.

Tambah laporan itu lagi hanya Daerah Melaka Tengah sahaja yang masih berada dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 35 orang
• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : Tiada
• Jasin : Tiada
• Kes import : 30

Kes baharu : 1
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 213 orang
Sedang dirawat : 34 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bukit Katil : 1
Bandar Melaka : 1
Bukit Baru : 1
Duyong : 1 (kes baharu)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 14 Jun.

Menurut KKM terdapat lapan kes baharu dilaporkan semalam melibatkan dua kes import dan enam kes melibatkan penularan tempatan di mana empat darinya adalah bukan warganegara dan hanya dua kes melibatkan warganegara.

Tambah KKM lagi, empat kes bukan warganegara itu direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara bagi kes melibatkan warganegara pula masing-masing satu kes di Melaka dan Sarawak.

KKM juga memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian baharu berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes atau 1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambah KKM lagi, kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan lelaki warganegara India (OKT- orang kena tahan) dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

“Mangsa berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh
bedah siasat masih dalam proses.” jelas kenyataan itu.

Sementara itu bagi kes kesembuhan pula KKM melaporkan bahawa terdapat 35 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,346.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA

Jumlah kes keseluruhan : 8453
Kes Baharu : 8
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 986
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 35
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 7346
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)