Home Dewan Ulamak PAS Pusat

DUPP : Tarik Semula Lantikan Eric Paulsen

942
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

22 SYAWAL 1441H  l  14 JUN 2020

TARIK SEMULA LANTIKAN ERIC PAULSEN

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) membantah lantikan Eric Paulsen sebagai sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) dan menggesa agar menteri di Kementerian terbabit mengambil tindakan untuk memastikan lantikan ini ditarik semula.

2. Lantikan yang dibuat ini adalah seolah-olah tidak sensitif dengan apa yang dibawa oleh individu terbabit yang terkenal dengan gerak kerja promosi serta sokongan kuat terhadap pelbagai aliran sesat yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme dan LGBT.

3. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini perlu lebih peka dengan isu-isu sensitif sebegini dan mengambil pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan kerajaan PH terdahulu. Walaupun apa niat dan tujuan pelantikan itu dibuat, namun imej rosak oleh individu terbabit terlalu besar dan dibimbangi pelantikannya itu kelak lebih membawa keburukan dari manfaat yang diharapkan.

4. DUPP menasihati agar apa jua lantikan yang dibuat oleh mana-mana Kementerian wajar dipertimbangkan lebih serius bagi memastikan justifikasi kelayakan yang kompetensi dan beramanah bagi memastikan perjalanan urus tadbir berjalan dengan baik. Tidak hanya sekadar kebaikan di dunia malah menjadi “jambatan” untuk kebaikan di akhirat kelak.

5. Suasana di Malaysia selepas peralihan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) menyaksiakan majoriti rakyat Malaysia yang dominannya dari kalangan melayu Muslim sangat selesa tanpa pengaruh-pengaruh pimpinan PH sebelum ini yang membuka ruang terbuka kepada suburnya ideologi dan kefahaman songsang terzahir di media dan posisi tertentu.

6. Justeru, DUPP juga yakin seluruh umat Islam khususnya membantah akan pelantikan Eric Paulsen ini kerana latar belakangnya yang tidak membawa apa-apa kebaikan selain hanya menimbulkan keraguan dengan kefahaman yang songsang dan merosakan. Kepada menteri di Kementerian yang berkenaan, diharapkan kebimbangan umat Islam ini diambil peduli dengan memastikan pelantikan Eric Paulsen ditarik semula secara serta merta.

Firman Allah SWT :

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةࣰ مِّن دُونِكُمۡ لَا یَأۡلُونَكُمۡ خَبَالࣰا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَاۤءُ مِنۡ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَمَا تُخۡفِی صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَیَّنَّا لَكُمُ ٱلۡـَٔایَـٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
[Surah Ali Imran 118]

Sekian.

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat