Home Artikel PAS Perlis

JAMNPs Terus Anjur Program Derma Darah

333
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR : Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) sekali lagi telah mengadakan program derma darah dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada hari Jumaat lalu.

Seramai 55 orang penderma telah menyertai program kali ini.

Turut sama menderma darah, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Program kali ini diadakan sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar rakyat dapat terus menderma darah bagi menampung keperluan semasa di hospital-hospital seluruh negara.

Pengarah JAMNPs Amirul Jufri Mat Saman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan terus menganjurkan program seperti ini dari semasa ke semasa.

Beliau turut berharap lebih ramai rakyat khasnya di negeri ini, tampil menderma darah kepada Unit Transfusi dan Tabung Darah HTF.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para kakitangan HTF serta semua penderma yang turut sama menjayakan program pada kali ini,” katanya.