Oleh : Ibnu Janie
MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 9 Jun.
Menurut laporan itu, tiada kes baharu, kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.
Seluruh Daerah Jasin juga kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.
Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.
Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 19 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15
Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 19 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang
Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-
MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1
Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26
ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1
Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30
JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan
Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 9 Jun.
Menurut KKM, terdapat hanya tujuh kes baharu dilaporkan semalam. Enam darinya adalah daripada kes import. Manakala hanya satu kes penularan tempatan direkodkan melibatkan ‘bukan warganegara’ iaitu seorang pekerja yang baru melalui saringan untuk mula berkerja.
Laporan itu juga menyebut, semalam adalah buat pertama kalinya, tiada kes baharu membabitkan warganegara dicatatkan di negara ini semenjak berlakunya penularan Covid-19 ini.
Sementara itu, bagi kes sembuh baharu pula laporan itu menyatakan sebanyak 281 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam di mana ia adalah jumlah kes sembuh baharu paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Tambah laporan itu lagi, ini telah menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,975 atau bersamaan dengan 83.67 peratus.
STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8336
Kes Baharu : 7
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1244
Kes ICU : 6
Kes Sembuh Baharu : 281
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6975
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 117