Home Artikel PAS Perlis

Laporan Polis Serentak Tiga Pemuda PAS Kawasan

710
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Sebanyak tiga laporan polis telah dibuat hari ini berkaitan isu surat antara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dengan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Laporan polis berkenaan dibuat secara serentak oleh ketiga-tiga Dewan Pemuda PAS Kawasan iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Haziq Asyraf Dun hadir membuat laporan polis seawal jam 10.30 pagi di Balai Polis Beseri manakala Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Amirul Jufri Mat Saman pula mengetuai DPPK Kangar membuat laporan polis di Balai Polis Kangar.

Sementara itu Arau, laporan polis berhubung isu yang sama dibuat di Balai Polis Arau oleh Ketua Pemuda DPP Kawasan Arau Noramrul Amri Chan.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.