Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah dan Terima Kasih Frontliners!

792
SHARE

Tahniah dan Terima Kasih Frontliners!

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para frontliners atau petugas barisan hadapan atas komitmen mereka dalam menjaga keselamatan masyarakat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sejak Mac yang lalu.

Seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi dan mengakui pengorbanan yang telah dilakukan oleh para petugas barisan hadapan ini.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa mereka.

Bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun 2020, tanggungjawab mengawal penularan jangkitan Covid-19 terletak di atas bahu kita semua.

Oleh itu, teruskan mematuhi S.O.P. PKPP, amalkan kawalan kendiri dan budayakan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian kita.

Semoga Allah SWT mengurniakan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita selepas ini. Amin.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Syawal 1441H | 10 Jun 2020