Home Berita PAS Johor

PH memerintah baru dikatakan ikut Perlembagaan?

1277
SHARE

Media melaporkan PH Johor masih menjual isu mandat rakyat di PRU-14 dan berkeras memohon dikembalikan mengikut proses serta lunas-lunas perundangan sewajarnya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Laporan tersebut berdasarkan kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor dan disiarkan oleh beberapa media tempatan bahkan turut dimuatnaik ke laman Facebook pimpinan PH Johor (kemudian ada yang dipadam).

Kita tertanya-tanya adakah peralihan kuasa daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) tidak mengikut lunas perlembagaan?

Adakah sekiranya PH memerintah baru dikatakan mengikut lunas perlembagaan?

Desakan PH dilihat seolah-olah menggambarkan hasutan kepada rakyat untuk membelakangi Fasal 23(2) Undang Tubuh Negeri Johor 1895 yang memberikan hak kepada Raja untuk memansuh (membubarkan) atau mengekalkan Dewan Undangan Negeri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor(DPPNJ) menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan Ibrahim Ibni al marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim bahawa para wakil rakyat jangan lagi sibuk untuk berebut kuasa dan jawatan di saat rakyat sedang berada dalam kesempitan.

DPPNJ sekata bersama PAS Johor, menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Negeri Johor kini yang dilihat berjalan dengan baik, menyusun satu demi satu inisiatif kemajuan dan kesejahteraan rakyat Johor.

Dalam suasana kerajaan masih dalam usaha pemulihan sosio ekonomi dan kesihatan rakyat akibat penularan pendemik COVID-19, adalah baik sekiranya pembubaran DUN dapat dielakkan.

Adakah agensi-agensi yang terlibat dengan proses pilihanraya telah bersedia dengan kaedah mengundi yang baharu dengan mengambil kira aspek kesihatan dan bahaya penularan kembali pendemik ini.

Walau bagaimanapun seandainya berlaku pembubaran DUN, sebagaimana titah Tuanku Sultan Johor, rakyat janganlah lagi memilih calon yang hanya mementingkan diri dan parti mereka sahaja walaupun di saat rakyat hidup susah.

Ahmad Nawfal bin Mahfodz

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor