Home Artikel PAS Sabah

PAS Semporna tinjau tapak kebakaran Kampung Seri Aman

520
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
5 Jun 2020

SEMPORNA: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Semporna telah meninjau tapak kebakaran di Kampung Seri Aman Semporna di sini, tengahari tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 1:00 tengah malam itu telah melibatkan 57 buah keluarga dengan anggaran 460 isi rumah.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Semporna, Razis Asparin ketika meninjau tapak kebakaran berkata, kutipan sumbangan akan dibuka untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kampung Seri Aman secepat yang mungkin.

“Setelah melakukan tinjauan dan mendapatkan maklumat tentang mangsa kebakaran Kampung Seri Aman ini, Pihak kami PAS Kawasan Semporna akan terus membuka tabung sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa ini mendapatkan bekalan makanan dan pakaian,” katanya.

“Saya juga mewakili PAS Kawasan Semporna merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan sama ada melalui wang ringgit, bahan makanan ataupun pakaian terpakai untuk keperluan mangsa. Orang ramai boleh menghubungi saya Razis Asparin di talian 0143717181,” katanya lagi.

Beliau berkata selepas meninjau kawasan kebakaran itu, mendapati mangsa ada yang tinggal bersama keluarga terdekat disekitar kawasan itu dan ada juga yang akan ditempatkan di penempatan sementara.

“Saya juga berharap orang ramai dapat datang ke lokasi untuk menyantuni dan membantu mangsa yang dilanda musibah itu seterusnya memberikan sebarang bentuk sumbangan yang sewajar,” katanya.