Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali
Saya berkesempatan meninjau aktiviti jualan barang-barang keperluan bagi memenuhi keperluan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Antara yang menarik perhatian saya ialah jualan daging lembu segar dari kandang yang kini sudah mula dijual di Sri Tualang (Mardec), Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka.
Jualan daging lembu ini dijalankan oleh seorang penternak lembu, Mokhtar Jusuh, 52, yang memang tidak asing dengan masyarakat setempat. Sudah bertahun-tahun beliau mengusahakan perniagaan ini.
Menurut Mokhtar, lazimnya setiap tahun sehari sebelum raya jualan daging lembu segar ini mendapat sambutan daripada penduduk sekitar Durian Tunggal.
Namun, tambah beliau lagi, pada tahun ini jualan daging lembu dijual awal tiga hari sebelum raya bagi membuat persedian untuk memenuhi tempahan yang diterima.
Selain dari jualan menjelang hari raya Aidilfitri seperti yang biasa dilakukannya ini, beliau juga mengambil tempahan lembu untuk majlis kenduri dan juga untuk tujuan ibadah qurban.
Mari pakat ramai-ramai dapatkan daging segar dengan segera sebelum hari Raya Aidilfitri tiba.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi penternak lembu dan daging segar, Mokhtar Jusuh 019 3371085