Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (22 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

464
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 22 Mei.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam selepas enam hari berturut-turut Negeri Melaka tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19. Kes baharu itu berlaku di Mukim Batu Berendam Daerah Melaka Tengah.

Selain itu satu kes sembuh direkodkan bagi kategori Kes Import Daerah Melaka Tengah. Tiada kes kematian direkodkan semalam.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang akhbarnya semalam mendedahkan bahawa Melaka mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi dengan 886 kes semalam walaupun kerajaan mengumumkan tiada lagi kebenaran diberikan. Ia diikuti Perak dengan 362 kes dan Pulau Pinang sebanyak 284 kes.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 16 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 3 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 7
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : 1 kes
Kes sembuh (keseluruhan) : 195 orang
Sedang dirawat : 16 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 2 (1 kes baharu)
Kes import : 7 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 29

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 42/2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 22 Mei.

Menurut laporan itu, dengan 78 kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7137 kes. Ini adalah kali pertama kes baharu harian melebihi 50 kes dicatatkan sejak 10 hari lalu setelah kali terakhir negara mencatatkan kes harian sebanyak 70 kes pada 11 Mei lepas.

Terdapat 63 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5859 bersamaan 82.11 peratus.

Menurut laporan KKM lagi, tujuh negeri merekodkan kes baharu semalam iaitu Selangor (20 kes), Kuala Lumpur (39 kes), Negeri Sembilan (13 kes), Sarawak (1 kes), Sabah (2 kes), Pahang (2 kes) dan Melaka (1 kes). Negeri-negeri lain tidak mencatatkan kes baharu semalam.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7137
Kes Baharu : 78
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1163
Kes ICU : 9
Kes Sembuh Baharu : 63
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5859
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)