Home Artikel PAS Melaka

Ketua Pemuda PAS Melaka Ziarah Pelajar PASTI Hidap Leukemia

1131
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

ALOR GAJAH : Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin telah menziarahi adik Diaz Putra Aqil Norhisham yang menghidap leukimia di kediaman keluarganya di sini semalam.

Dalam ziarah tersebut, beliau telah bersua muka dan memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga adik Diaz bagi meringankan beban mereka sekeluarga sebagai tanda simpati atas apa yang berlaku.

Selain itu, beliau turut mendoakan semoga adik Diaz yang juga pelajar kelas lima tahun dari PASTI Smart Soleh Alor Gajah semoga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak yang telah memberikan sumbangan serta ucapan doa kepada adik ini.” Ujar beliau.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Alor Gajah, Bahiki Ismail dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Alor Gajah, Rozita Mohd Saad.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, bolehlah memasukkan terus sumbangan anda ke akaun MAYBANK (154138080600) atas nama Nurul Hafizah Affendie bagi meringankan beban mereka sekeluarga.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)