Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (18 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

796
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 18 Mei.

Menurut laporan itu TIADA kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Selain itu terdapat EMPAT kes sembuh direkodkan iaitu tiga dari kategori kes import (Melaka Tengah) dan satu kes lagi di Mukim Ramuan China Kecil di Daerah Alor Gajah.

Dengan sembuhnya satu kes aktif di Mukim Ramuan China Kecil itu maka mukim itu telah berubah menjadi zon hijau. Dengan itu juga sekarang ini di Daerah Alor Gajah hanya dua mukim yang masih terjejas iaitu Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu. Itu juga bermaksud dari keseluruhan 81 mukim di seluruh Negeri Melaka kini hanya tujuh mukim masih terjejas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 23 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 4 orang
• Jasin : 2 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 11
• Kes import (Alor Gajah) : 1

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh (keseluruhan) : 187 orang
Sedang dirawat : 23 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1
Batu Berendam : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 11 (3 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Sungai Baru Ulu : 2
Kes import : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 29

JASIN (Kategori Kuning)
Jasin : 2

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 20


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 18 Mei.

Sebanyak 47 kes baharu telah dilaporkan semalam di mana ia masih mengekalkan bilangan kes baharu direkodkan di bawah 50 kes sejak 12 Mei lepas.

Laporan itu juga menunjukkan jumlah keseluruhan kes positif ialah 6941 kes dengan kadar kesembuhan 80.9 peratus bersamaan 5615 kes dan kadar kematian 1.63 peratus atau 113 kes kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6941
Kes Baharu : 47
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1213
Kes ICU : 13
Kes Sembuh Baharu : 44
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 5615
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 113


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)