Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-
PEMAKLUMAN BERITA PALSU
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:
1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menafikan dakwaan bahawa Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard atau BIPS Terengganu merampas mask kain hitam buatan sendiri yang dipakai oleh petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) sambil menjelaskan kepimpinan Polis Terengganu sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua petugas barisan hadapan.
2. Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan mesej meminta orang ramai yang berada di Bank CIMB Bukit Gambir Muar, Johor pada 10 hingga 13 April 2020 untuk menjalani saringan COVID-19 kerana kononnya seorang pesakit positif COVID-19 dari Bukit Gambir telah mengunjungi bank tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.
Pasukan Respons Pantas
KKMM
18 April 2020│9.00 Pagi
Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.
Editor Wartawan Rakyat Melaka