Home Berita PAS Sarawak

COVID19: Bantuan Khas Beting Maro

753
SHARE

   

Batang Lupar: Dewan Pemuda PAS Sarawak melalui Jabatan Amal Malaysia (JAM) hari ini telah menghulurkan bantuan khas pek makanan kepada penduduk di Beting Maro.

Kali ini, Dewan Pemuda PAS Sarawak mengerakkan 15 anggota (JAM) Petra Jaya dan Kota Samarahan dalam menghantar bantuan makanan ke Beting Maro. Ujar Hamdan Sani.

Sumbangan pek barangan yang berisi makanan asas yang berjumlah RM6000 telah di serahkan kepada PAS Kawasan Batang Lupar, sumbangan ini diserahkan sendiri oleh Hamdan Sani yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak.

“ Pek makanan ini merupakan sedikit sebanyak usaha kita yang mampu meringankan beban penduduk Beting Maro yang terjejas akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.” Jelas Hamdan Sani, Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan berharap agar bantuan ini dapat diteruskan untuk Fasa 2 dan fasa seterusnya.

Tambahnya lagi, Hamdan juga menyeru agar rakyat patuh kepada arahan kerajaan agar tinggal di dalam rumah jika tiada urusan penting untuk keluar.