Home Berita PAS Melaka

Khidmat Malaysia Melaka Serah PPE Di Poliklinik Durian Tunggal

938
SHARE

Oleh: Siti

ALOR GAJAH : Khidmat Malaysia Melaka telah menyerahkan 260 set PPE (isolation gown, face shield, shoe cover dan hood) di Poliklinik Durian Tunggal semalam.

Menurut Koordinator Projek ini, Bahiki Ismail, Khidmat Malaysia Melaka telah menggerakkan usaha murni bagi membantu ‘wira barisan hadapan’ dengan menggerakkan sukarelawan untuk menjahit pakaian PPE.

Bahiki yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah menambah, usaha ini dilaksanakan secara gotong royong melalui pemprosesan berpusat dan agihan di rumah sukarelawan mengikut kepakaran masing-masing bagi membuat pakaian PPE.

Turut hadir ketika menyerahkan PPE tersebut ialah Ketua Lajnah Kebajikan PAS Melaka Mohsin Ibrahim, AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Alor Gajah, Rozita Mohd Saad dan sukarelawan-sukarelawan Khidmat Malaysia Melaka.