Oleh : Haji Rafie Bin Ahmad
Dalam siri 1 sebelum ini, penulis telah memberikan beberapa tips mudah untuk rakyat mengambil peluang menjana simpanan melalui pakej rangsangan pertama yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 Mac baru-baru ini.
Untuk siri 2 ini, penulis akan fokus kepada beberapa pakej penting dari keseluruhan ‘Pakej Prihatin’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu. Pakej-pakej ini adalah bantuan yang melibatkan keseluruhan golongan sasar.
Berikut ialah sebahagian isi ‘Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat’.
A. ‘Bantuan Prihatin Nasional’
Bayaran tunai secara ‘one off‘ dan pertama kali disalurkan kepada golongan M40 dan kebawah.
1. RM1600 kepada yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.(bayaran pada bulan April RM 1000 dan RM600 pada bulan Mei)
2. RM 1000 (pendapatan lebih RM4000 – RM 8000). Bayaran pada bulan April RM500 dan pada bulan Mei RM500.
3. RM 800 (individu bujang berusia 21 ke atas dan pendapatan RM 2000 ke bawah). Bayaran RM 500 pada bulan April dan RM 300 pada bulan Mei.
4. RM 500 (individu bujang 21 ke atas pendapatan lebih RM 2000 – RM 4000).Bayaran RM 250 pada bulan April dan RM250 pada bulan Mei.
5. Baki tunai BSH- dibayar pada Julai 2020
6. Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Semua pelajar di IPT dapat bayaran sebanyak RM200 secara one off.
7. Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal.
Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal dapat bantuan makanan, kesihatan dan tempat perlindungan.
8. Peminjam PTPTN
Penangguhan bayaran bulanan PTPTN mulai 1 April hingga 30 September 2020.
9. Diskaun bil elektrik TNB
Diskaun 15 peratus bil elektrik pelancongan dan diskaun dua peratus kepada lain-lain. Tambahan diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik bergantung kepada jumlah penggunaan bagi pengguna domestik.
10. Internet percuma untuk pengguna
Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain bermula dari bulan April hingga PKP tamat.
11. Bantuan untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.
12. Pesara kerajaan
Pesara kerajaan- bantuan RM 500 ‘one off’
13. Subsidi upah, bantu majikan kekalkan pekerja
Program subsidi upah adalan untuk bantu majikan kekalkan pekerja. Upah RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Khusus untuk mereka pendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan 50 peratus.
14. Pemandu Grab
Pemandu E-hailing dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one off sebanyak RM 500
15. Teksi
Pemandu teksi akan dapat Bantuan Prihatin Nasional secara ‘one off’ sebanyak RM 600
B. Mekanisma atau kaedah pembayaran
Setakat ini maklumat tentang mekanisma pembayaran belum lagi diperolehi secara detail namun dijangkakan ia akan mengikut kaedah ‘Bantuan Sara Hidup” atau BSH dimana sebahagian besar data-data telah berada di pihak kerajaan. Bagi yang belum mengisi data, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kewangan, https://.www.treasury.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Kami akan memaklumkan semula tentang mekanisma permohonan dalam masa terdekat setelah maklumat yang lengkap diperolehi.
Secara keseluruhannya, setiap lapisan rakyat akan mendapat faedah dari ‘Pakej Prihatin’ yang diumumkan oleh pihak kerajaan ini. Semoga kita semua dapat mengambil ruang yang ada untuk memperkemaskan simpanan kita dan dalam masa yang sama dapat memberi nafas lega kepada golongan M40 dan ke bawah.
Marilah kita bersama berpadu tenaga demi negara yang tercinta ini dan bersama kita patuh kepada arahan pihak kerajaan dengan kita ‘kekal berada di rumah’ dalam tempoh PKP ini dengan matlamat utama untuk memutuskan rantaian Covid 19 ini.
Penulis adalah Ketua Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka