Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS Silam Derma Darah Bantu Hospital.

347
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
29 MAC 2020

LAHAD DATU : Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam telah menderma darah di Hospital Lahad Datu seawal pukul 9 pagi hari ini.

Derma darah ini adalah bertujuan untuk membantu pihak hospital yang memerlukan darah pada ketika ini, untuk membantu merawat para pesakit.

Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyahut seruan Ketua Dewan Pemuda Malaysia, Ir. Hj Khairil Nizam yang telah diumum beberapa hari yang lepas.

Pelaksanaan derma darah ini telah diketuai oleh En.Landari Labobo, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam.

Beliau berkata bahawa dia amat teruja dan memuji pihak hospital kerana proses derma darah itu berlaku dengan rapi dan tersusun apatah lagi pada waktu kritikal wabak COVID-19 ini berlaku.

Turut hadir sama beberapa ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam dalam menyalurkan derma darah tersebut kepada pihak hospital.